Header Ads Widget

Cara Jana Pendapatan Online Modal Rendah

Salah satu cara untuk jana pendapatan online dengan modal rendah di Malaysia ialah dengan menjadi ejen affiliate. Ini bermaksud anda akan bantu promosikan produk atau perkhidmatan yang dibina atau dimiliki oleh pemilik jenama tersebut melalui link unik yang diberikan. 

Biasanya, pemilik bisnes akan berikan link unik untuk anda setelah pendaftaran berjaya dan melalui link tersebut anda promosikan di blog ataupun media sosial.

Sekiranya anda berjaya membuat penjualan, pemilik jenama akan memberikan komisen. Komisen boleh berubah-ubah mengikut harga barang yang berjaya dijual melalui blog atau link promosi anda.

cara jana pendapatan online 2021

Cara Untuk Bermula Sebagai Ejen Affiliate: 

  • Tentukan platform sesuai dan dipercayai
  • Pilih niche/jenis perniagaan yang ingin anda promosikan
  • Cari program affiliate yang ditawarkan
  • Promosikan link unik yang diberikan untuk anda di semua platform media
  • Dapatkan trafik ke blog anda
  • Dapatkan klik pada pautan affliliate anda.
  • Tukar klik ke jualan.


Kenapa Ejen Affiliate Terbaik Untuk Anda?


Cara menjadi ejen affiliate adalah yang terbaik untuk anda yang berminat untuk jana pendapatan secara online tetapi tiada produk sendiri. Kebanyakannya adalah melalui pendaftaran yang percuma. Jadi anda dapat bermula dengan hanya bermodalkan intenet dan juga laman blog yang percuma seperti menggunakan Blogspot ataupun WordPress (percuma). 

Namun tidak hanya melalui blog, anda boleh juga kongsikan link-link affiliate tersebut di laman sosial media anda seperti di Facebook ataupun Twitter. Cara ini juga berkesan kerana ianya lebih mudah untuk diakses oleh rakan-rakan maya anda. 

Post a Comment

0 Comments