Header Ads Widget

Program Affiliate Marketing Yang Boleh Anda Daftar

Dengan mendaftar program affiliate bermakna anda akan menjadi salah seorang agen pemasaran secara atas talian (online). Dengan ini anda akan disediakan dengan kod link unik yang mana akan digunakan untuk anda promosikan dilaman-laman sosial dan juga di blog jika ada. 

Anda juga boleh bina blog sendiri untuk promosikan link affiliate anda. Selain itu anda juga boleh mempromosikan link ID anda dengan kawan-kawan dan juga teman terdekat. 

Antara produk-produk affliliate yang popular dipromosikan ialah samada dalam bentuk produk fizikal seperti di Lazada ataupun perkhidmatan seperti khidmat bina web dan juga produk digital seperi jualan ebook. Ebook ialah buku-buku yang dicetak secara digital dan dijual dalam bentuk laman web dan juga fail PDF. 

Konsep Ejen Affiliate: 


Konsep ejen affiliate ialah lebih kepada anda lakukan promosi sahaja tanpa pegang produk fizikal mahupun servis yang disediakan. Ini sangat sesuai untuk anda yang sudah ada laman web atau blog sendiri yang jika berminat menjana pendapatan secara online.

Lagi-lagi jika blog anda sudah mempunyai pengunjung atau trafik tinggi maka lebih mudah untuk link unik anda dilawati oleh pengunjung blog.


Senarai Program Affiliate Yang Boleh Anda Daftar Percuma: 


1. Involve Asia

Involve Asia adalah suatu platform yang menyelia pelbagai program affiliate daripada pengiklan-pengiklan dan website membeli-belah atas talian seperti Shopee, lazada, Nike APAC, Sports Direct dan banyak lagi jenama lain.

Komisen yang ditawarkan pula adalah berbeza mengikut program affiliate yang anda promosikan dan sertai. Link-link id promosi akan diberikan selepas anda mohon dalam web InvolveAsia ini.


Klik sini untuk daftar sebagai Affiliate

2. Program Affiliate Klikjer.com

Program affiliate di web Klikjer.com lebih pada mempromosikan e-book daripada penulis-penulis yang mempromosikan bidang masing. Ia juga mempunyai support group di FB yang anda akan diberi material promosi tambahan serta peluang berinteraksi dengan ejen yang lain.

Komisen akan diberikan mengikut jumlah jualan ebook yang berjaya anda jual melalui link id anda.

Contoh : Anda iklankan suatu ebook (contoh : cara berniaga di Shopee) di blog anda, kemudian pelawat blog berminat dan lakukan pembelian melalui link id anda, maka komisen akan dibayar kepada anda. Mudah kan?




3. Affiliate Programme Lazada:

Antara platform belibelah atas talian utama di Asia Tenggara. Jika sebut sahaja Lazada hampir semua rakyat Malaysia tahu tentang platform ini. Anda boleh memohon sebagai ejen affiliate di laman web Lazada. 

Program affiliate Lazada menawarkan sehingga 10% komisen bagi setiap pembelian yang berjaya dibuat melalui link unik yang diberikan kepada anda untuk dipromosikan.

Lawati laman web Lazada untuk daftar ejen affiliate


4. Program Affiliate Mentor Marketing Online

Anda juga boleh mencari program affiliate yang terdapat di media sosial yang ditawarkan oleh pengajar modul bisnes online oleh orang persedirian. Contoh seperti mentor-mentor bisnes online yang menawarkan program affiliate bagi mereka promosikan program yang mereka anjurkan.

Komisen akan diberikan kepada anda jika terdapat orang yang mendaftar program mereka melalui link promosi anda.

Jadi, program affiliate yang manakah menjadi pilihan untuk anda sertai? Selain dari membuat membuat channel Youtube atau blog sendiri untuk pengiklanan Adsense, untuk permulaan anda boleh mendaftar ejen affiliate yang tidak memerlukan bayaran pendaftaran. Anda juga boleh mula cuba promosikan pada kawan-kawan atau keluarga terdekat jika mereka berminat untuk beli produk yang anda promosikan.

Post a Comment

0 Comments