Header Ads Widget

Cara Buat Duit Dengan Youtube dan Adsense

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang telah mula menjana pendapatan dan buat duit dari laman Youtube mereka. Dan ada juga yang telah jana sehingga berjuta-juta ringgit hanya dengan upload video dengan pelbagai genre dan juga niche sehingga dapat menarik ramai penonton dan juga subscribers.

Tetapi tahukah anda apakah sebenarnya beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk menjana pendapatan melalui iklan-iklan yang dipaparkan di ruang channel Youtube?  Salah satu daripadanya ialah dengan mendaftar sebagai Youtube Partner Program (YPP). 

Program ini memungkinkan seorang Youtuber atau pemilik channel untuk mula jana pendapatan daripada konten yang telah diupload ke Youtube. Google akan iklankan sumber di video anda dan perkongsian daripada pendapatan iklan akan diberi kepada anda sebagai pemilik konten tersebut.

cara buat duit dengan youtube

1.0 Antara syarat utama untuk anda mula diterima sebagai Youtube Partner Program ialah :

  • Mengikut semua dasar monetization YouTube.
  • Anda mestilah tinggal di negara atau wilayah di mana YPP tersedia.
  • Mempunyai lebih daripada 4,000 jam tontonan awam yang sah dalam masa 12 bulan terakhir.
  • Mempunyai lebih daripada 1,000 pelanggan.
  • Mempunyai akaun AdSense yang dipautkan kepada channel youtube anda.

Apabila syarat-syarat diatas telah pun dipenuhi, maka anda boleh memohon untuk mula memasang iklan di video-video yang anda paparkan di channel.


2.0 Cara Nak Mulakan Channel Youtube Anda Sendiri:

Anda belum ada channel sendiri di Youtube? Jangan bimbang sekiranya anda ada akaun Google iaitu Gmail anda boleh mula membina channel sendiri. Anda hanya perlu buka website Youtube dan klik diruangan 'Create a channel' seperti yang ditunjukan dibawah.

Cara buat channel youtube sendiri
Buka youtube dan mulakan channel anda sendiri

Kemudian anda teruskan dengan klik 'Get Started' untuk mula edit channel anda. 

cara mudah daftar akaun youtube

cara nak register akaun youtube
Mulakan channel anda disini

Setelah anda mula membuat channel sendiri, anda perlu lah upload video untuk mula mendapat jam tontonan dan tarik subcribers. Untuk tahap ini, anda perlu lah ada niche atau jenis video menarik untuk penonton untuk datang ke channel. Anda juga boleh mula promosikan channel anda di ruang media sosial untuk memberitahu umum tentang kewujudan youtube anda.

Jika anda serius untuk jana pendapatan dari ruangan channel anda di Youtube, konsisten untuk upload video adalah penting. Ini kerana penonton akan tahu bahawa channel anda adalah aktif dan mula subscribe. Kenapa subcribe dari penonton penting? Sebab telah termaktub bahawa anda perlukan 1000 subcribers untuk mula dipasangkan iklan oleh Google.

3.0 Apa itu Google AdSense?

Okey, sebagai contoh anda sudahpun memenuhi semua syarat YPP kecuali anda tidak ada akaun Adsense, jadi Google tidak akan membayar satu sen pun kepada anda melainkan anda mendaftar. 

Google Adsense ni ialah suatu bentuk program pengiklanan oleh pihak Google yang merangkumi semua produk dibawahnya termasuklah blog dan juga youtube. Jadi kalau anda juga ada blog yang mempunyai trafik pengunjung yang ramai setiap bulan, anda juga boleh mohon Adsense.

Google akan menentukan pilihan iklan di ruangan video dan juga blog anda, namun sebagai pemilik konten, anda berhak menentukan jenis iklan yang terpapar. Ini boleh dilakukan di dashboard akaun Adsense anda jika permohonan anda berjaya.

Penutup

Dengan sedikit info yang telah saya kongsikan semoga anda berjaya menjadi seorang Youtuber yang dapat memberi info berguna kepada masyarakat disamping menjana pendapatan secara online.

Post a Comment

0 Comments