Header Ads Widget

Cara Mudah Semak Status dan Tarikh Bayaran I-Sinar KWSP

Semakan status pengeluaran i-Sinar kini dibuka dan anda boleh layari portal rasmi isinar.kwsp.gov.my untuk semak status pengeluaran Akaun 1 KWSP anda. Jumlah wang yang dipohon akan mula dimasukkan dalam bulan Januari ini. 


Cara Untuk Lihat Tarikh Bayaran I-Sinar :


Semestinya antara perkara yang kita ingin tahu sekarang ialah bilakah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan masukkan bayaran tersebut ke akaun kita?

Okey, untuk pemilik I-Akaun anda boleh membuat semakan dengan cara seperti dibawah ini.

1.0 Anda perlu ada akaun I-Akaun KWSP dan masukkan ID pengguna serta password.

semak tarikh bayaran masuk I-sinar

2.0 Anda boleh klik pada tab : Pengeluaran (Withdrawal) seperti gambar di bawah ini.


semak tarikh bayaran masuk I-sinar

3.0 Kemudian klik pada Tab bahagian kiri - Sejarah Pengeluaran (Withdrawal History)


semak tarikh bayaran masuk I-sinar

4.0 Kemudian klik pada I-Sinar tersebut, 


Lihat status samada lulus ataupun tidak. Jika tidak, anda boleh memohon untuk Kategori 2 kelak.

semak tarikh bayaran masuk I-sinar

5.0 Lihat pada Tarikh Mula (Start Date). 

Itula tarikh yang telah ditetapkan untuk KWSP membuat bayaran secara kredit terus ke akaun anda.

Semak status permohonan I-Sinar KWSP

Untuk semakan, anda boleh terus ke akaun bank peribadi yang telah didaftarkan untuk semak samada wang telah dimasukkan atau belum pada tarikh tersebut. Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments