Header Ads Widget

Panduan Beli Telefon Terkini Lebih Berbaloi

Dengan keupayaan smartphone yang didatangkan dengan pelbagai fungsi yang membolehkan pengguna melakukan kerja dalam satu masa. Ini sudah pastinya akan buatkan anda sedikit keliru dengan jenis smartphone yang sepatutnya anda beli.

Pemilihan smartphone perlu bergantung kepada cara ia akan digunakan kerana terdapat pelbagai jenis smartphone di pasaran dengan harga berbeza.

Antara Panduan Sebelum Membeli Smartphone ialah:


Jenis Processor

Processor adalah 'otak' suatu smartphone. Jika anda seorang yang mementingkan kecepatan smartphone untuk membuka pelbagai jenis aplikasi dalam suatu masa, anda perlukan jenis processor yang berkuasa dan dapat berfungsi dengan baik seterusnya dapat memaksimumkan fungsi telefon anda tanpa sebarang gangguan dalam laksanakan segala jenis input (arahan) pengguna.

Sebagai contoh, smartphone jenama Huawei menggunakan processor Hisilicon Kirin, Samsung menggunakan Exynos, Iphone (IOS), Qualcomm, MediaTek dan sebagainya.


Saiz Storan Smartphone :

Kadangkala dalam menyelesaikan sesuatu kerja memerlukan kita memuat turun pelbagai jenis aplikasi dalam telefon. Ini sudah tentu memerlukan storan (storage) yang agak besar.

Lebih-lebih lagi jika anda termasuk dalam golongan kaki game. Satu-satu aplikasi permainan di telefon kadangkala memerlukan saiz storan yang sangat besar contohnya PUBG. Namun begitu, terdapat juga smartphone yang menyokong fungsi tambahan menerusi microSD dimana anda boleh menambah ruang storan yang lebih besar secara manual.



Saiz & Jenis Paparan Skrin

Saiz layar skrin juga patut diambil jika anda gunakan telefon untuk melayari internet atau menonton drama. Saiz yang kira sesuai untuk mata kita rasa selesa ketika gunakan smartphone. 

Contoh layar skrin smartphone yang sangat jelas dan terang adalah dengan 120Hz dan dengan skrin jenis AMOLED membolehkan anda boleh menonton drama serta filem dengan jangkamasa yang lama tanpa menyakitkan mata. Namun, dengan spesikasi begini harga smartphone adalah sedikit tinggi berbanding smartphone yang menggunakan skrin jenis lain.


saiz skrin smartphone yang bagus
Kredit image : Techinfus

Rekaan smartphone

Pelbagai pilihan smartphone terbaru juga didatangkan dengan rekaan super slim, tidak mudah terlepas daripada tangan, ergonomik dan sangat selesa untuk dipegang. Keadaan ini dibantu oleh jenis bahan yang digunakan untuk membina frame telefon. Lebih kuat dan ringan serta lebih mudah untuk dibawa kemana-mana.

Kamera Smartphone

Fungsi kamera juga dipelbagaikan dan memberikan rakaman video dan gambar yang baik bukan hanya pada waktu siang tetapi juga pada situasi cahaya rendah (low-light).

Selain itu, jika smartphone itu mempunyai fungsi kamera ultra lebar, ia sepatutnya dapat berikan pendedahan juga kesan warna yang sangat baik terhadap gambar yang diambil. Fungsi kamera juga seharusnya disokong oleh fungsi serta pembetulan geometric distortion dengan berkesan supaya gambar yang terhasil tidak kelihatan pelik.

Ketahanan Bateri

Rata-rata pengguna lebih memilih smartphone dengan bateri berkapasiti tinggi contoh 5,000mAh ke atas serta dengan sistem pengecasan pantas fast-charging yang hanya perlu masa dalam sejam sahaja untuk pengecasan penuh. Ini kerana jika pengguna mengunakan pelbagai fungsi dan membuka pelbagai aplikasi dalam satu masa akan mengakibatkan bateri lebih banyak digunakan.

Perbandingan Harga

Jika anda ingin fungsi-fungsi di atas semuanya dalam keadaan optima, sudah pastinya perlu pertimbangkan harganya yang akan sedikit mahal. Lihat kepada jenis keperluan tugasan yang paling penting anda lakukan dengan smartphone tersebut dan lakukan pilihan dengan bijak.

Mungkin ada fungsi-fungsi yang kurang anda perlukan. Sebagai contohnya; anda tidak perlukan storan besar kerana hanya gunakan telefon untuk berhubung dengan orang lain.

Buatlah pilihan dengan bijak supaya anda dapat menjimatkan wang semasa membeli smartphone baru dan juga dapat digunakan dalam jangkamasa yang lama.

Post a Comment

3 Comments

  1. Antara tips yang selalu Sha tengok setiap kali upgrade HP..

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing. Saya pun tak pandai nak pilih handphone sangat. Mostly tengok MP camera je. Huhu

    ReplyDelete