Header Ads Widget

Faktor Penyebab Rambut Gugur

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan rambut kita gugur lebih dari kebiasaannya. Semestinya kita berasa rimas dan gusar dengan keadaan rambut gugur yang berlebihan sehingga kebotakan berlaku. Masalah rambut gugur juga dikenali sebagai Alopecia. Keguguran rambut ini boleh berlaku di bahagian kulit kepala atau di bahagian yang berambut di badan anda. 


penyebab rambut gugur dengan banyak

Apakah Penyebab Rambut Gugur?

Rambut gugur boleh meyebabkan masalah kebotakan. Antara penyebab rambut antaranya ialah;


  • Sedang jalani rawatan perubatan (contohnya kemoterapi)
  • Perubahan hormon (contohnya ketika selepas bersalin)
  • Emosi atau trauma fizikal
  • Pengayaan rambut yang berlebihan atau melampau (anda terlalu kerap guna pengering rambut )
  • Keadaan perubatan tertentu (Contohnya diabetes, gout dan sebagainya)
  • Penurunan berat badan yang melampau
  • Kerap menggaru (contohnya : Kulit kepala gatal, berkelemumur, dan kemungkinan disebabkan alahan.)
  • Merokok (terutama jika anda adalah seorang lelaki)


Jika anda seorang yang sangat suka mendandan rambut, penggunaan bahan kimia yang berlebihan setiap hari juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Lebih-lebih lagi jika rambut anda kerap didandan dengan udara panas, bahan pelurus rambut ataupun bahan penstabil rambut. 

Terdapat juga faktor keturunan atau genetik yang menjadi penyebab kepada masalah keguguran rambut. Antara masalah lain yang menjadi punca adalah kerana ketidakseimbangan hormon badan contohnya akibat dari Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome) ataupun PCOS. 

Cara untuk mengurangkan masalah rambut gugur antaranya adalah dengan tidak mengabaikan aspek penjagaan rambut selain mendapatkan rawatan daripada pakar. Anda perlu mengetahui masalah sebenar penyebab keguguran rambut yang sedang dialami supaya rawatan yang sesuai dapat dipraktikkan.

Selain itu amalan pemakanan yang sihat serta mengandungi nutrisi yang baik juga dapat mengurangkan masalah rambut gugur sebelum masanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tak tau dah nak guna syampu apa. Sebab puncanya PCOS, saya minum spearmint tea je as rawatan tradisional

    ReplyDelete