Header Ads Widget

Cara Mohon Pengeluaran I-CITRA KWSP Sehingga RM5,000 [ PEMULIH ]

Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat. KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra sehingga RM5000 yang melibatkan lebih 13 juta ahli KWSP.

cara memohon i-citra kwsp terkini

Cara Permohonan i-Citra KWSP :

i-Citra KWSP membenarkan pengeluaran bulanan RM1,000 setiap bulan sehingga RM5,000 oleh KWSP bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi bencana pandemik ini. Pengeluaran iCitra KWSP ini boleh dibuat bermula 15 Julai 2021 (Dipercepatkan ke 12 Julai 2021).

Anda boleh mula membuat permohonan online di icitra.kwsp.gov.my bermula 15 Julai ini. Manakala bayaran akan dilaksanakan bermula pada bulan Ogos 2021. [ Kemaskini : 12 Julai 2021]

Namun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan permohonan setelah diluluskan maka bayaran seterusnya akan dihentikan. Dan juga sebarang permohonan semula tidak akan dibenarkan.

Berapakah jumlah i-Citra yang boleh dikeluarkan?

Ahli KWSP yang layak boleh mengeluarkan sehingga RM5,000 dengan pengeluaran bulanan RM 1,000 setiap bulan. Bayaran pengeluaran ini juga dikatakan tidak menjejaskan bayaran bulanan i-Sinar ahli yang masih berjalan.

Duit i-Citra Ambil Di Akaun Mana ?

Duit i-Citra ni diambil dari akaun 2. Akaun ni lah yang kita biasa keluarkan untuk buat deposit beli rumah atau bayar hutang mortgage. Jika jumlah duit dalam akaun 2 tidak mencukupi RM5000 barulah diambil dari akaun 1. 

Jika permohonan anda lulus maka bulan Ogos nanti dah dapat bayaran pertama RM1000.  RM1000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda setiap bulan selama 5 bulan jika anda memohon maksimum RM5000. Anda boleh aturkan had pengeluaran pada bahagian amaun yang ini dikeluarkan. 

Semoga inisitif kerajaaan membenarkan pengeluaran dana daripada KWSP melalui program i-Citra akan dapat mengurangkan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Post a Comment

0 Comments