Header Ads Widget

Check Status Kelulusan Permohonan i-Citra

Jika anda sudah buat pemohonan i-Citra sebelum ini dan berhajat untuk menyemak status kelulusan, anda boleh ke portal i-Citra. Antara cara-cara untuk semak status kelulusan prmohonan adalah seperti;

Cara Semak Kelulusan Prmohonan i-Citra KWSP:

  • Sila Masukkan nombor kad pengenalan atau no. passport anda
  • Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk semakan pencarum yang berstatus bukan warganegara Malaysia
  • Masukkan no telefon semasa anda buat pendaftaran lepas
  • Tick pada pengesahan SAYA BUKAN ROBOT
  • Dan klik pada SEMAK STATUS


Anda akan melihat paparan STATUS PERMOHONAN dan dibawah tulisan tersebut terdapat nama pemohon iaitu NAMA ANDA dan tulisan Permohonan anda sudah diluluskan.

Maklumat pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank anda akan dibuat sebelum 31 Ogos 2021 seperti yang dimaklumkan di dalam portal i-Citra KWSP.

Sebelum anda membuat semakan kelulusan i-Citra, anda perlu pastikan yang anda sudah membuat pendaftaran i-Citra dengan lengkap. Untuk itu sila klik butang PERMOHONAN untuk membuat permohonan. Sekiranya diluluskan, bayaran akan dibuat mulai bulan Ogos 2021.



Antara Fakta Jumlah Amaun Permohonan i-Citra KWSP:


  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga MAKSIMUM RM5000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan berturut.
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan KWSP pemohon.
  • Bayaran minimum adalah RM50.
  • Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun dua (2) terlebih dahulu.
  • Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun satu (1) akan digunakan.


Permohonan i-Citra masib boleh boleh dibuat dari tarikh 12 Julai 2021 sehingga 30 September 2021.

Post a Comment

0 Comments