Header Ads Widget

Doa Untuk Anak Solat Tanpa Dipaksa

Sebagai ibubapa tentunya kita mahukan anak solat tanpa perlu dipaksa atau digertak. Jauh disdut hati kita juga mahukan yang terbaik untuk mereka dalam mencari kesimbangan ilmu dunia dan akhirat. 

Dalam mendidik anak mengenai kepentingan solat kita kadangkala mengunakan cara seperti memberikan ganjaran material seperti duit upah, makanan kegemaran dan sebagainya hanya untuk melihat mereka solat tanpa dipaksa.

Kita wajib mengajar anak solat ketika seawal berusia 7 tahun tetapi tanpa memaksa. Ini kerana untuk mendidik mereka haruslah melalui tempoh tertentu. Maka dalam tempoh asuhan antara 7 sehingga 9 tahun ini mereka harus diajar dan diajak bersolat. Namun Rasulullah SAW menegaskan untuk tidak memaksa mereka sepanjang tempoh tersebut.

petua doa untuk anak solat

Ajarkan Anak Solat Sejak Dari Kecil :


Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkan sembahyang semasa berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan) - Hadis riwayat Abu Daud

Antara doa yang boleh diamalkan oleh ibubapa dalam mendidik anak solat adalah dari 

Surah Ibrahim ayat 40:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء


Yang bermaksud; 

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Berikan pujian kepada anak-anak setiap kali mereka berjaya melaksanakan solat. Ini pastinya kan memberikan rasa gembira dan puas dihati mereka kerana telah bersolat. Dengan ini juga mereka akan menunaikan solat tanpa dipaksa dilain masa.

Sebagai ibu bapa juga kita seharusnya sentiasa berdoa agar anak-anak dan keturunan kita termasuk dalam kalangan mereka yang diberi hidayah serta taufik seterusnya mengerjakan solat. 

InshaAllah Amin.

Post a Comment

1 Comments

  1. elok ni buat amalan... terima kasih share!

    ReplyDelete