Header Ads Widget

Info Covid-19 I Fakta Varian Delta

Baru-baru ini Ahli Jawatankuasa Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran mengenai varian baharu COVID-19 yang lebih bahaya iaitu varian Delta. Ini membuatkan ramai yang bimbang dengan penularan varian Delta terbaru yang dikatakan menular lebih cepat dan menjadikan pandemik lebih sukar untuk dibendung. 




Varian Delta Lebih Cepat Merebak:


Menurut Berita Harian, WHO mengisytiharkannya sebagai varian yang lebih membimbangkan kerana sifatnya yang lebih mudah merebak dan berbahaya. Selain itu ianya berpotensi untuk tidak memberi kesan kepada sesiapa yang telah menerima perlindungan vaksin. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ;

Sifat virus Delta juga berbeza kerana ia boleh merebak melalui udara. Dan atas sebab itu, walaupun ada yang sudah divaksinasi anda dinasihatkan untuk elakkan berada di tempat yang sesak atau sempit kerana jangkitan boleh berlaku di kawasan yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik. 

Varian Delta merupakan Variant of Concern (VOC) paling dominan di seluruh dunia dan paling bahaya.


Simptom-simptom yang perlu diberi perhatian antaranya:

  • Sakit kepala berpanjangan 
  • Keletihan dan kelesuan
  • Hidung berair/tersumbat 
  • muntah

Namun apapun pakar mengatakan, penggunaan pelitup muka dan juga penjarakan fizikal serta amalan kebersihan tangan dan pengudaraan ruang dalaman yang lebih baik tetap menjadi kunci untuk mengurangkan jangkitan. 

Post a Comment

0 Comments