Header Ads Widget

Pendaftaran Vaksin Untuk Kanak-Kanak & Remaja Dibuka

Pendaftaran untuk suntikan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera. Namun pada peringkat permulaan ini keutamaan diberikan kepada pelajar yang lahir pada tahun  2003 selain untuk mereka yang akan menyambung pelajaran ke luar negara. 

Difahamkan langkah mengimunisasi kanak-kanak dan remaja ini diambil setelah persetujuan dari Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional (NPRA) telah dipersetujui. Menurut info, hanya vaksin Pfizer-BioNTech sahaja akan diberikan untuk kanak-kanak berumur sekurang-kurangnya 12 tahun.

cara daftar vaksin untuk kanak-kanak

Cara Daftar Suntikan Vaksin Untuk Kanak-Kanak dan Remaja :

  • Melalui Aplikasi MySejahtera, Tekan Pada Butang Vaksinasi Covid-19 [Covid Vaccination]:
  • Klik Pada Menu Tambah Tanggungan Vaksinasi [Add Vaccine Dependent]:
  • Klik pada nama anak / tanggungan yang ingin didaftarkan vaksin COVID-19
  • Klik Pada Butang Simpan [Proceed]
  • Sahkan Maklumat Yang Disikan 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lagi, vaksin ini tidak menjadikan kita kebal terhadapat serangan penyakit namun berfungsi untuk mengurangkan kebarangkalian mengalami simptom COVID-19 yang lebih serius. Kita dinasihatkan untuk terus mengamalkan norma baharu dan patuhi SOP walaupun telah divaksin.

Post a Comment

0 Comments