Header Ads Widget

Permohonan Bantuan Khas OKU (PEMULIH) RM1500

Selain daripada permohonan i-Citra pagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah dibuka baru-baru ini antara bantuan lain yang diumumkan ialah Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) sebanyak RM1500.

Program bantuan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu individu OKU dalam kategori (Bukan penerima Bantuan Bulanan JKM) yang telah terkesan terus secara ekonomi akibat daripada pandemik COVID19 yang sedang melanda ketika ini. 

Antaranya adalah seperti diberhentikan kerja atau dibayar separuh gaji serta diarah bercuti tanpa dibayar gaji ataupun bekerja sendiri dan terkesan pendapatan. Permohonan boleh dikemukakan mulai 19 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021. 

pemulih bantuan untuk OKU terkini 2021


Syarat-syarat permohonan Bantuan Khas OKU PEMULIH :

  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKM;
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja;
  • Orang Kurang Upaya (OKU) bukan penerima Bantuan Bulanan JKM;
  • Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) yang terkesan kerana samada telah diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji atau pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji dan ;
  • OKU yang bukan kakitangan kerajaan. 

Cara Bayaran Dilakukan :

Bayaran akan dikreditkan ke akaun pemohon yang dinyatakan dalam borang permohonan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang permohonan yang lengkap dan diluluskan. Bantuan adalah sebanyak RM500 sebulan dan dibayar setiap bulan selama tempoh 3 bulan kepada individu yang telah diluluskan permohonannya. 

Setiap pemohon perlu muat naik (upload) atau sertakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU;
  • Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif / slip berkaitan no akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitan.

Buat Permohonan dan dapatkan maklumat lanjut secara atas talian (Online) di: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 

Download Soalan Lazim : Disini 

Post a Comment

0 Comments