Header Ads Widget

Petua dan Ikhtiar Sembuhkan Patah Tulang Dengan Doa

Aktiviti dan pergerakan kita seharian akan mula terganggu setelah mengalami patah atau retak pada bahagian tulang. Selain itu kita akan rasa berdenyut dan sakit pada bahagian yang patah atau retak. 

Antara petua untuk mempercepatkan kesembuhan patah tulang ialah dengan mengambil makanan berkhasiat yang mengandungi kalsium dan magnesium serta vitamin D untuk kesihatan tulang. 

petua sembuhkan tulang patah

Apakah Antara Cara Untuk Sembuhkan Tulang Patah Dengan Cepat?

Antara caranya ialah dengan berehat dan tidak mengerakkan bahagian yang patah untuk mempercepatkan kesembuhan pada awal-awal patah. Antara lain ialah dengan mengamalkan bacaan ayat dari Surah Yassin iaitu melalui bacaan Ayat 78 dan 79.


Cara Membantu Sembuhkan Patah Tulang:

Mula-mula perlu sediakan air yang bersih, bacakan surah Yaasin dari mula sampai akhir, sehingga ayat dibawah yang perlu diulang tiga kali. Bacalah dengan penuh harapan agar Allah akan menyembuhkan bahagian yang sakit dan patah.

Kemudian air tersebut dibuat minum dan juga disapu ke tempat yang sakit. Dalam masa amalkan pemakanan yang sihat, petua ini perlu diamalkan selalu. Dengan izin Allah SWT, dengan amalan tadi mudah-mudahan dapat menarik rahmat Allah untuk sembuhkan pesakit yang mengalami patah tulang. 

Setiap kesembuhan yang kita harapkan tentunya adalah daripada Allah SWT. Kita perlu sentiasa berusaha dan berikhtiarnya dengan jalan yang dibenarkan dalam syarak sebab ianya dipandu oleh Allah SWT.


    Ayat ke-78 :

    وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ

"Dan ia membuat perbandingan kepada Kami. Dan ia lupa akan kejadiannya lalu berkata: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang hancur?"


    Ayat ke-79 :

    قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ

Katakanlah: "Yang menghidupkannya adalah Penciptanya pada mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala makhluk."


Cubalah amalkan ayat-ayat di atas selain berdoa semoga patah tulang cepat sembuh dan bersabarlah dengan setiap Ujian Allah SWT. Kita juga digalakkan untuk sentiasa berikhtiar dan bertawakal untuk kesembuhan.

Post a Comment

0 Comments