Header Ads Widget

Petua Dan Tips Move On Dari Seseorang

Dalam hidup kadangkala orang yang pernah hadir meninggalkan kesan memori yang pahit untuk diingati. Selalu juga kita tercari petua dan tips move on dari seseorang yang pernah melukakan hati kita. Kita cuba setiap kali melupakan namun tidak mampu melupakan. Jadi macam manakah cara untuk melupakan seseorang yang tidak mencintai atau sayangkan kita?


Cara-Cara Nak Move On Dari Seseorang


1. Belajar Untuk Memaafkan:

Yang pertama sekali jika anda masih tidak dapat melupakan seseorang cubalah untuk memaafkan. Memaafkan orang lain dapat membersihkan hati dari sifat negatif seperti iri hati, dengki dan juga ingin berseteru atau berdendam. Jika perasaan negatif ini dapat diatasi dengan izin-Nya anda akan lebih tenang dan bahagia. 


cara nak move on dari crush dengan cepat


2. Dapatkan Bantuan Teman/Keluarga Terdekat:

Cuba luahkan perasaan marah, sedih dan kecewa yang terbungkam itu pada orang yang anda percayai. Bebaskan diri anda dari rasa negatif yang terpendam dan berbahagialah. Sesungguhnya anda tidak keseorangan di dalam dunia yang mencabar ini. 

3. Ajari Diri Untuk Sentiasa Bersyukur:

Belajar sentiasa bersyukur akan membuatkan anda berfikir bahawa setiap masalah dan kekecewaan yang dihadapi bukanlah bermaksud hidup anda sudah hilang nilainya. Belajar bersyukur akan membuatkan anda lebih tenang dalam menghadapi masalah dengan tenang. Selain itu, masalah hidup juga membuatkan kita akan lebih matang dalam menilai sesuatu kejadian yang terjadi dalam hidup. 

4. Ubah Cara Berfikir:

Masalah yang tiba kadangkala tidak terjangka dan tidak dapat kita duga. Ada masanya ianya terjadi dengan membawa seribu persoalan yang tidak memihak kepada kita. Namun, apa yang anda boleh lakukan? Antaranya cuba berfikir dan melihat masalah yang terjadi itu dari sudut yang berbeza. 

Anda pasti akan melihat hikmah-hikmah dan juga kesan positif dari setiap permasalah yang pernah terjadi dalam hidup. Dengan itu akan akan lebih bersemangat untuk memulakan kehidupan yang baru serta move on dari orang yang melukakan anda. 

5. Cuba Cipta Kenangan Baru Yang Lebih Baik:

Dalam hidup ada masanya kita akan berada diatas dan bertuah. Ada masanya mungkin kita akan berada dibawah dan dipinggirkan. Jika kita berada dalam keadaan yang tidak kita sukai, cuba untuk mencipta kenangan yang baru yang lebih baik dari kejadian yang kita tidak sukai. 

Antaranya cuba menjalinkan hubungan persahabatan dengan kumpulan yang baru. Lakukan perkara yang kita sukai dan cipta kenangan terindah dengannya. 

Sekarang anda mungkin sedang patah hati namun mungkin kemudian hari anda akan bertemu si dia yang lebih memahami dan sesuai dengan anda. 

cara hilangkan kesedihan

Mohonlah Allah SWT dalam setiap doa untuk sentiasa kuat dalam menjalani kehidupan mendatang. Apapun cubalah berfikir yang baik-baik saja kerana selain memberi kesihatan mental yang baik, anda perlu tahu bahawa setiap manusia di dunia ini tidak sama. 

Kita semua adalah unik dan dilahirkan dengan kelebihan yang tersendiri. Percayalah kepada diri yang anda adalah insan yang hebat. 

Jadi macam mana cara anda move on dari seseorang ?

Post a Comment

2 Comments

  1. Kalau stail saya pulak, jauhkan diri sejauh-jauhnya. Selagi tengok depan mata memang susah nak move on. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju juga sis...Kalau ianya dapat mententeramkan hati buat sahaja..

      Delete