Header Ads Widget

Printer Berkualiti Untuk Pembelajaran Di Rumah

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang masih dijalankan sehingga kini sudah pasti memerlukan printer yang murah dan berkualiti. Ini bagi memudahkan pelajar ataupun ibubapa mencetak kerja rumah yang diberikan oleh guru masing-masing. Berikut merupakan antara jenama printer di pasaran yang diyakini pengguna seperti Canon, HP, dan juga Brother.


4 Jenis Printer Yang Anda Boleh Pertimbangkan Beli Untuk Musim PdPR : 


1. Canon Pixma MG2577S [ RM299.00 ]

Beli di : SHOPEE 

Spesifikasi : Jenis : Inkjet | Fungsi : Print , Scan , Copy | Wireless: Tiada

Printer Canon Pixma MG2577S  ini merupakan printer yang mempunyai fungi tiga dalam satu iaitu mencetak dokumen, scan dan juga photostat. Dengan harga berpatutan ia sememangnya tidak melebihi bajet anda. Ia juga mempunyai fungsi support OTG Cable untuk anda print terus daripada smartphone ke printer.

2. HP DeskJet 2332 [ RM369 ]

HP DeskJet 2332

Beli di : SHOPEE 

Spesifikasi : Jenis : Inkjet  | Fungsi : Print , Scan , Copy | Wireless: Tiada

Printer HP Deskjet 2332 ini mempunyai bentuk kompak yang sesuai diletakkan ditempat yang sempit ataupun di meja komputer. Namun ianya tidak mempunyai sokongan cetakan tanpa wayar (Wireless printing) dan tidak dapat mencetak dokumen yang banyak dalam satu-satu masa. 

3. HP DeskJet 2776 All-in-One Printer Wireless [ RM458.89 ]

HP DeskJet 2776

Beli di : SHOPEE

Spesifikasi : Jenis : Inkjet  | Fungsi : Print , Scan , Copy | Wireless: Ada

Printer ini sedia disambungkan ke telefon pintar, tablet, atau komputer riba anda dengan mudah dan cetak dari mana sahaja di rumah anda. Selain daripada cetakan hitam putih printer ini juga sesuai untuk cetakan jenis berwarna. Ianya pasti menceriakan suasana pembelajaran PdPR untuk anak-anak anda.

4. Brother HL-1210W Mono Laser Printer [ RM435.00 ]

printer murah Brother HL-1210W Laser Printer

Beli di : SHOPEE

 Spesifikasi : Jenis : Monochrome Laser Printer  | Fungsi : Print  | Wireless: ada  

Dengan spesifikasi mencetak dengan kelajuan sehingga 20 helai seminit pastinya menjadi pilihan anda yang inginkan kepantasan dalam menyelesaikan tugasan. Ianya juga dilengkapi dengan sistem cetakan secara tanpa wayar (wireless) yang pastinya akan memudahkan kerja anda seharian. 

Namun untuk pengetahuan anda yang ingin membeli printer jenis inkjet, anda perlu tahu bahawa harga cartridge dakwat printer tersebut biasanya agak mahal. Manakala dakwat jenis catridge adalah lebih murah walaupun harga printer itu sendiri biasanya lebih mahal. 

Jadi sesuaikan dengan keperluan jangkamasa panjang anda jika ingin membeli printer. Semestinya printer yang berkapasiti tinggi lebih sesuai jika anda mempunyai beban kerja cetakan yang tinggi. 

Post a Comment

0 Comments