Header Ads Widget

Antara Cara Buat Duit Dengan Youtube Selain Adsense

Ada tak yang dah ada Yotube tetapi belum dapat monetize lagi dengan Google Adsense? Kalau channel Youtube anda masih belum memaparkan iklan berbayar dan rasa kecewa kerana tidak dapat menjana pendapatan seperti pemilik channel yang lain,  anda jangan bersedih. 

Ini kerana anda masih boleh cuba beberapa strategi lain untuk jana pendapatan lain di channel Youtube seperti di bawah

Cara Buat Duit Dengan Youtube Selain Adsense

Cara Nak Buat Duit Dengan Youtube Selain Adsense 


Buat Produk Review Berbayar:

Tahukan anda terdapat juga beberapa brand terkenal yang mengunakan Youtuber untuk memasarkan dan berkempen mengenai produk mereka? Selain daripada anda join beberapa group influencer yang ada di Facebook dan juga Instagram, anda juga boleh terus email terus ke brand-brand terkenal ini dan nyatakan proposal anda. 

Antaranya jika anda mempunyai channel youtube yang aktif, anda boleh memberitahu mereka yang channel anda terbuka untuk reviu produk-produk mereka. Anda boleh nyatakan harga untuk anda lakukan khidmat ulasan berbayar tersebut di dalam email. 

Namun untuk ke tahap ini biasanya brand ataupun PR (public relation) yang menguruskan bahagian pemasaran ini memerlukan beberapa kriteria seperti channel anda mempunyai jumlah jam tontonan tertentu untuk sesuatu video yang pernah anda siarkan walaupun anda mempunyai jumlah subcribers yang kurang daripada 1000 orang.

Namun peringatan untuk pemilik channel yang beragama Islam, jika anda ingin lakukan sebarang ulasan ataupun reviu produk hendaklah dengan beretika dan berprinsip. Ulasan tersebut semestinya mestilah jujur, tidak berlebihan memuji sehingga mengelirukan para pengguna. Usah mengejar keuntungan besar tetapi ternyata sebenarnya tidak membawa berkat.

Letakkan Link Affiliate Di Dalam Konten Video:

Tidak silap di masa ini antara program affiliate yang sangat popular adalah melalui program Shopee Ambassador dan juga Affiliate Lazada. Program affiliate ini bermaksud anda boleh mempromosikan pelbagai barangan yang dijual melalui platform Shopee dan juga Lazada di channel Youtube anda. 

Untuk Shopee Ambassador ini biasanya memerlukan anda mempunyai akaun Instagram ataupun Facebook yang aktif dan jumlah pengikut (followers) sekurang-kurangnya 1000 orang untuk memohon. Jika anda memenuhi kriteria ini anda boleh mula memohon untuk menjadi sebahagian daripada Shopee Ambassador.

Jika ada penonton yang membeli barangan tersebut melalui  link unik yang anda letakkan, maka anda akan mendapat komisen daripada pembelian tersebut. Pembeli tidak akan terkesan dari segi bayaran, hanya anda yang akan mendapat komisen. 

Selain itu terdapat juga platform affiliate lain seperti Klikjer.com yang mempromosikan pelbagai jenis EBook, Anda boleh membuat satu video berkenaan ebook berkenaan dan letakkan link pemasaran unik anda di video tersebut. Contoh ebook yang dijual ialah Panduan Bisnes Shopee seperti dibawah ini.



Pilihan Niche Channel Youtube

Terdapat pelbagai pilihan niche yang anda boleh mulakan seperti channel mengenai masakan, program shopping online, aktiviti outdoor seperti hiking dan memancing ataupun vlog kehidupan peribadi ataupun tips kekeluargaan yang tidak keterlaluan. Jika anda memang seorang yang sangat berdedikasi untuk menaikkan channel Youtube anda, pilihan niche yang betul juga mampu menaikkan nama channel anda. 

Pilihan niche ataupun tema channel perlulah serasi dengan diri anda sendiri. Jika anda lakukan perkara yang tidak anda sukai, lama kelamaan impian anda untuk menaikkan nama channel Youtube akan terpadam. 

Anda tidak akan bertahan lama dengan perkara yang anda tidak sukai. Namun jika anda seorang yang tegar, walaupun niche itu anda tidak sukai tetapi anda yakin ianya akan memberi manfaat kepada penonton maka ianya tidak akan memberi masalah. Yang penting selagi anda yakin boleh konsisten untuk terus menambah koleksi video terbaik di channel anda.


Konsisten Upload Video di Youtube 

Konsisten adalah antara perkara yang paling penting dilakukan oleh orang yang ingin berjaya. Sebagai Youtuber pemula adalah penting untuk anda upload video secara konsisten. Ini akan memberikan impresi positif daripada subscribers selain dapat membantu mempercepatkan jangkamasa tontonan 4000 jam pertama dicapai. 

Semoga dengan perkara yang dibincangkan di atas dapat memberi idea dan juga jalan membantu anda untuk mula menjana pendapatan daripada channel Youtube anda selain dari program pengiklanan Google Adsense semata-mata. Selamat mencuba dan berjaya.
.
.

Penafian[disclaimer] : 
Artikel di atas mempunyai link affiliate yang memberikan komisen kepada admin jika anda membeli melalui link tersebut, tetapi tidak akan menjejaskan atau merugikan anda (pembaca). Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments