Header Ads Widget

Tips Serta Cara Naikkan Pendapatan Adsense Blog

Ramai yang telah merasa pendapatan daripada blog. Ramai juga sedang mencari cara untuk menaikkan income adsense blog. Ini kerana kebanyakkan blogger target utama ialah untuk mendapat gaji ataupun bayaran bulanan daripada pengiklanan. 

Hanya dari blog bukan dari Youtube ataupun sumber-sumber lain. 

Jom kita bincangkan. 


Cara Untuk  Naikkan Pendapatan Adsense Blog:

Mula-mula untuk anda dapatkan pendapatan dari nilai USD iaitu dari pendapatan Adsense mestilah perlu ada akaunnya dahulu. Cara paling mudah ialah melalui blog kerana Youtube perlu ada 1000 subscribers dan juga 4000 jam jumlah masa tontonan. 

Baca Lagi : Bagaimana Youtuber Menjana Pendapatan ?

Jadi melalui blog adalah cara lebih mudah dan murah.

Pendapatan Tinggi dari Trafik Blog Tinggi:

Kalau diikutkan betul juga kalau lagi ramai pengunjung blog lagi besar peluang anda untuk jana pendapatan USD dari Adsense. tetapi mengikut pengalaman saya sendiri walaupun jumlah trafik tidak tinggi masih boleh berjaya kumpul sekurang-kurangnya USD 1 sehari. 

Ini bergantung sebenarnya kepada CPC (Cost per Click) iklan blog. Kita akan bincangkan berkenaan CPC ini di artikel yang lain. 

Terbitkan Artikel Yang Dicari Pembaca

Yang penting anda perlu ada artikel unik yang mampu membawa trafik kepada blog. Selain daripada itu jumlah masa kekal pembaca atau pengunjung di blog juga akan menentukan samada artikel anda berkualiti ataupun tidak oleh pihak Google. 

Dengan ini terbitkan artikel-artikel yang dapat memberi infomasi yang berguna kepada pembaca blog anda.

Akaun Google Adsense ini adalah sangat sukar untuk diperolehi jika tidak dilakukan dengan betul dari awal. Anda perlu ada suatu blog yang sudah ada pembaca ataupun trafik secara organik. Bermaksud jika seseorang mencari sesuatu topik di Google contohnya, mereka akan jumpa blog anda di halaman Google. 

cara naikkan income adsense blog

Akaun Google Adsense Mudah Diluluskan Dengan;

  • Blog mesti patuh dengan polisi program Adsense 
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun keatas

Blog perlu mempunyai struktur yang jelas seperti jenis niche, mempunyai polisi blog dan juga penafian kepada pembaca. Antara jenis info yang anda ingin sampaikan kepada pembaca juga penting kerana ianya membantu menambah trafik dan juga kualiti blog. 

Anda boleh bermula dengan niche seperti gaya hidup, teknologi, review makanan ataupun tema berkenaaan pelancongan (travel). 

Anda perlu beri masa untuk artikel blog mula diindeks oleh Google, sekurang-kurangnya sehingga tiga bulan untuk link blog mula muncul di halaman carian dan akhirnya mendapat trafik daripada pembaca.

Bilakah Jumlah Terkumpul Akan Dibayar Kepada Anda:

Apabila akaun Adsense anda sudah berjaya mengumpul sebanyak USD100 dalam setiap bulan. Ini adalah jumlah minimum yang akan dibayar kepada anda setiap bulan. Ia akan dibayar terus ke akaun bank anda di Malaysia. 

Anda boleh pilih untuk menerima bayaran menerusi cek ataupun bayaran secara wire-transfer (dipindah masuk) terus ke akaun pilihan anda.

Oleh yang demikian, anda sudah bersedia untuk berkongsi cerita ataupun info kepada pembaca di laman maya sambil menjana pendapatan daripada Adsense di blog? Jika ya, anda sudah boleh membina suatu laman blog sendiri bermula sekarang. 

Mulakan Dengan Laman Blog Percuma

Mulakan dengan bina blog secara percuma dahulu jika anda tidak mempunyai bajet yang besar. Selain daripada itu anda juga boleh pertimbangkan untuk bermula dengan domain blog sendiri juga. 

Bermula dengan blogspot ataupun Wordpress versi percuma juga sudah memadai.

Post a Comment

0 Comments