Header Ads Widget

Salam Maal Hijrah 1443H /2021

Salam 1 Muharam dan salam Maal Hijrah 1443H /2021 kepada semua pembaca. Setiap umat Islam menyambut 1 Muharram sebagai bulan untuk memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW.  Baginda tidak pernah menyerah kalah atau berputus asa dalam perjuangan dakwahnya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan oleh kaum Quraisy.

Dengan mengambil pengajaran dari setiap pengorbanan Baginda Rasullah SWT, semoga Allah SWT juga akan mengurniakan kepada kita semua khususnya umat Islam keteguhan iman serta kesabaran untuk meneruskan hidup ini dengan baik.

Dengan keadaan pandemik yang sedang melanda, tidak lupa juga kepada mereka yang telah terkesan dan juga terpaksa menghadapi cabaran besar dalam meneruskan kehidupan. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan ketabahan dalam menempuh setiap dugaan yang melanda diri inshaAllah.

salam maal hijrah 1443H 2021

Doa Untuk Melawan Kesedihan & Kurangkan Rasa Kecewa :


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.

Riwayat Abu Daud (4/353) ( Dari perkongsian FB : Ustazah Asma' Harun)

Teguhkan hati dan selalu berdoa agar kita senantiasa diberikan kelapangan oleh Allah SWT dalam menghadapi hidup yang penuh pancaroba ini. InshaAllah amin.

Baca lagi : Doa Murah Rezeki 

Post a Comment

0 Comments