Header Ads Widget

Tips Sentiasa Positif Hadapi Cabaran Hidup

Dalam hidup kita tidak akan terlepas dari diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kadangkala hal yang berlaku menyebabkan kita tidak dapat bersikap positif dan sentiasa tertekan. Antara tips untuk kekal positif adalah dengan tidak terlibat dalam perbincangan yang negatif atau buruk. Antara lain ialah membiasakan diri berada dilingkungan kumpulan yang positif. 


Cara Sentiasa Positif Semasa Hadapi Cabaran Hidup:

  • Bergaul dengan rakan-rakan atau orang yang positif.
  • Baca buku-buku yang memberi motivasi kepada diri.
  • Belajar perkara baru yang dapat meransang dan membuka minda.

Pembelajaran Yang Berterusan Dalam Hidup:

Antara sebab kita perlu sentiasa belajar dan meningkatkan ilmu ialah supaya dapat membantu mengembangkan fikiran dan juga minda. Selain itu juga dapat membantu kita melihat setiap perkara dalam pelbagai perspektif atau pandangan yang berbeza. Belajar bukan setakat hanya dari baca buku sahaja tetapi juga melalui pengalaman hidup dan cabaran yang dihadapi.

Kita belajar mengambil hikmah dari setiap perkara yang berlaku serta belajar melihat sebab-sebab dan akibatnya. Saya bukanlah seorang pakar motivasi tetapi saya juga menulis untuk mengingatkan diri sendiri supaya tidak selalu berfikiran negatif dan bersangka buruk terhadap cabaran atau orang lain. 

Walaupun sebenarnya memang bukan mudah untuk kekal positif lagi-lagi kita sedang berhadapan dengan masalah. Tetapi jika kita tidak berfikir secara positif, kita akan lebih terpengaruh dengan emosi-emosi yang negatif dan berkemungkinan menyebabkan kita membuat keputusan yang salah. 


cara nak jadi sentiasa positif

Sejadahku Diambil Orang:

Masih segar diingatan ketika Ramadan beberapa tahun lepas kami sekeluarga berkesempatan mengikuti solat sunat terawih di masjid berdekatan rumah. Memang ramai sangat jemaah masa tu dan meriah masjid alhamdulillah. Namun, nak di jadikan cerita satu malam tu kami bawa sejadah sendiri untuk dijadikan alas semasa solat memandangkan sejadah di masjid kemungkinan tidak mencukupi. 

Apa yang terjadi ialah, sejadah tu tertinggal masa nak balik, kelam kabut masa tu Anak saya tiba-tiba nak ke tandas jadi saya terlupa untuk lipat dan simpan sejadah tersebut dalam beg yang dibawa. Selepas ke tandas saya terus ke parkir untuk terus pulang. 

Saya fikir mungkin esoknya baru saya ambil sejadah tersebut semula. Jadi malam seterusnya kami kembali lagi untuk tujuan berterawih dan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Apa yang berlaku sejadah tu ada tapi sedang diguna oleh jemaah yang lain. 

Pada ketika itu saya bercadang untuk ambil semula selepas semua selesai solat. Tapi jemaah tersebut memasukkan sejadah tersebut ke dalam beg beliau. Allahuakbar! 

Aduhai, sedihnya sangat rasa masa tu. Mula niat hati nak pergi bertanya, tapi nanti saya risau malu pula makcik tu. Sedih sebab sejadah pemberian dari seorang ustaz yang mengajar agama.


Pengajaran Yang Saya Dapat ialah: 

  • Kita selaku umat islam datang ke masjid sepatutnya sentiasa menjaga perlakuan, lagi-lagi jika melibatkan hak atau kepunyaan orang lain
  • Jika kita tak pasti tentang sesuatu perkara, seharusnya kita bertanya dahulu pada yang lebih arif.
  • Jangan menuduh orang lain sebarangan jika belum tahu kebenarannya

Kemudian akhirnya saya lepaskan sahajalah sejadah tersebut. Lagipun mungkin memang makcik tu punya dan sama corak. Betul juga kan? Jadi alhamdulillah saya dah lepaskan rasa yang negatif tadi dan mula berfikir positif. 

Sentiasa berfikiran positif dapat membantu kita 'bangun semula' setelah mengalami masa-masa yang sukar, inshaAllah dengan Izin-Nya amin. 

Baca lagi : Doa Dan Tips Move On

Post a Comment

0 Comments