Header Ads Widget

Apple Rasmi Lancarkan Iphone 13 2021

Berita baik untuk semua yang ternanti-nantikan iPhone 13 ! Ya, Apple sudahpun melancarkan secara rasmi pelbagai varian untuk produk baharu untuk tahun 2021. Antara yang dilancarkan termasuklah iPhone 13 yang sudah lama dinantikan para peminatnya.

Pelbagai Varian Produk Apple 2021 Dilancarkan

Pelbagai varian produk baharu mereka bagi edisi 2021 juga telah rasmi dilancarkan pagi ini. Ini termasuklah iPhone 13 Pro, iPhone 13, Apple Watch Series 7 dan juga iPad mini serba baharu serta iPad.

Antara yang menarik perhatian ialah iPad mini serba baharu. Cantik pula rekabentuk untuk tahun 2021 ini. Bersaiz 8.3-inch dengan teknologi paparan Liquid Retina bercirikan True Tone untuk paparan yang selesa serta didatangkan dengan empat warna yang sangat menarik untuk dipilih. Ianya juga disertakan dengan ciri keselamatan Touch ID.

iPad mini terbaru 2021 yang serba baru


iPhone 13 : Tidak Banyak Perubahan

Untuk model baharu iPhone 13 dan iPhone 13 mini dilancarkan dalam lima pilihan warna. Peminat iPhone yang sudah menunggu lama boleh membuat pratempah bermula 15 September ini.

Iphone 13 tahun 2021

Berikut merupakan harga permulaan untuk iPhone 13


iPhone 13 Mini:          RM3399 (128GB)
iPhone 13:                   RM3899 (128GB)
iPhone 13 Pro:            RM4899 (128GB)
iPhone 13 Pro Max:   RM5299 (128GB)

Model baharu iPhone 13 untuk tahun ini didatangkan dengan kapasiti terbesar sebanyak 512 GB. Manakala kapasiti penyimpanan untuk iPhone 13 Pro Max adalah sebanyak 1TB (maksimum).

Jom kongsikan produk Apple yang mana akan anda beli tahun ini?

Post a Comment

0 Comments