Header Ads Widget

Cara Mudah Edit Gambar Di Smartphone Secara Percuma

Kita mesti ada banyak gambar yang cantik-cantik dalam simpanan galeri smartphone kan? Teringin nak cuba edit gambar sendiri di smartphone sahaja sambil buat koleksi gambar anak-anak, gambar perkahwinan ataupun gambar kenangan percutian.

Cara Mudah Edit Gambar Guna Smartphone Percuma Sahaja

 Salah satu aplikasi yang boleh anda cuba untuk edit gambar ialah Snapseed. Kadangkala kita tengok ramai yang upload gambar cantik-cantik di media sosial. Mereka mungkin telah edit gambar terlebih dahulu sebelum diupload ke Facebook ataupun Instagram.

Aplikasi Snapseed adalah antara salah satu aplikasi mudah digunakan untuk edit gambar anda. Anda boleh ubah saiz gambar dan juga tambah perkataan yang anda inginkan supaya lebih menarik. 

Cara-Cara Edit Gambar di Smartphone Guna Snapseed


1]  Download aplikasi Snapseed ke smartphone anda.

cara edit gambar di smartphone

2] Tambahkan gambar ke aplikasi.

cara edit gambar di smartphone

3] Ubahkan bahagian pencahayaan dahulu.

cara edit gambar di smartphone

4] Tambahkan perkataan (wording) yang disukai. Anda juga boleh tambahkan bingkai (frame) jika suka.

cara edit gambar hanya guna smartphone

5] Ubah kelegapan (opacity) tulisan ataupun gambar anda

cara mudah edit gambar di smartphone


6] Jika berpuas hati simpan di galeri foto smartphone.

cara nak edit gambar dekat telefon


Senang je kan cara nak edit gambar supaya kelihatan lebih segar dan menarik di smartphone anda. Dan yang paling penting ianya adalah percuma. 


Anda dah cuba? Jom kongsikan aplikasi edit gambar yang anda guna di smartphone.

Post a Comment

0 Comments