Header Ads Widget

Kepentingan Toner Untuk Penjagaan Kulit Wajah

Antara salah satu langkah penjagaan kulit wajah yang sering dilupakan ialah pemakaian penyegar ataupun biasa kita panggil toner. Toner adalah salah produk perawatan kulit yang mengandungi bahan utama iaitu air. Toner biasanya digunakan untuk membersihkan kulit dari kotoran selain bantu menyegarkan kembali kulit wajah kita. 

Antara jenis toner yang popular ialah dari jenis hydrating toner yang membantu melembapkan kulit wajah dari kelihatan kusam.

Jenis-Jenis Toner Untuk Rutin Penjagaan Kulit Wajah:

Terdapat pelbagai jenis toner yang ada dipasaran yang boleh kita cuba. Toner boleh digunakan dengan cara menyapukan kebahagian kulit dengan mengunakan kapas muka secara dileretkan dari dagu hingga ke bahagian atas muka. 

Cara lain yang biasa digunakan untuk menyapu toner ke muka ialah dengan membasahkan kapas dengan toner dan letakkan sebentar dimuka.

1- Hydrating Toner

Jenis hydrating toner in kebiasaannya digunakan untuk membantu melembabkan kembali kulit wajah selepas dicuci dengan pencuci muka yang bersesuaian. Bahan aktif yang biasa terdapat dalam kandungan hydrating toner ialah asid hialuronik, ekstrak dari pokok lidah buaya (Aloe vera) serta vitamin E.

2- Exfoliating Toner 

Mengandungi Asid Alpha Hidroksi (AHA) dan Asid Beta Hidrosi (BHA) untuk membantu membuang dan menyingkirkan sel kulit mati supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lebih segar.

3- pH-Balancing Toner

Nilai pH yang baik untuk kulit ialah antara 5 dan 7. Jika pH kulit berada dalam nilai pH yang seimbang maka ianya akan menjadi kurang sensitif kepada gangguan persekitaran seperti pencemaran. Dengan itu tidak mudah cepat rosak ataupun kusam. Fungsi pH-balancing toner ini adalah untuk seimbangkan semula nilai pH kulit wajah selepas dicuci dengan pencuci muka. 


Antara Jenama Toner Yang Popular:

simple toner untuk melembabkan kulit
Beli di : SHOPEE 


balancing toner
Beli di : SHOPEE

Sesetengah jenis toner boleh mengakibatkan kerengsaan kepada kulit pemakainya. Biasanya untuk mengatasi masalah ini, kebanyakkan pengguna boleh menyapu serum muka dan juga pelembap kulit selepas menyapu toner. 

Post a Comment

0 Comments