Header Ads Widget

Tips Cari Supplier Untuk Dropship Shopee dan Mula Bisnes

Dalam keadaan pandemik ramai yang mencari jalan untuk menambah pendapatan tanpa perlu keluarkan modal yang besar. Antara cara yang terbaik ialah dengan menjadi salah seorang dropship shopee. Tetapi bagaimana anda boleh cari supplier untuk dropship shopee? 

Dengan menjadi dropshipper, anda tidak perlu membeli stok untuk disimpan dirumah. Anda promosikan sahaja barangan peniaga lain di akaun Shopee anda dan dapatkan komisen atas jualan yang berjaya dilakukan.

Konsep berniaga di Shopee sebenarnya tidak susah untuk pemula. Anda hanya perlukan smartphone yang sesuai untuk memuat turun aplikasi Shopee dan juga internet. Selain itu anda juga perlukan supplier di Shopee dengan harga yang kompetitif dan berpatutan. 

Cuma yang mungkin menjadi masalahnya ialah anda perlukan sejumlah modal untuk membeli stok terlebih dahulu. Tetapi jika menjadi dropship anda hanya perlukan modal smartphone dan juga internet serta online banking.


cara cari supplier shopee

Sebelum anda mendaftar sebagai dropshipper sesuatu produk atau perniagaan, ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan. Antaranya ialah bagaimana ingin mencari supplier dropship Shopee yang bagus?


Cari Supplier Droship Shopee Yang Bagus, Antara Ciri-Cirinya Ialah :


1- Supplier Yang Boleh Print AWB

Adalah penting untuk anda cari supplier yang boleh support dan juga cetak (print) AWB Shopee. Selain itu supplier yang faham order perlu proses cepat, packaging cantik dan faham pentingnya rating kepada seller.


2- Supplier Shopee Mempunyai Stok Yang Banyak

Jika anda berurusan dengan supplier dropship Shopee yang ada banyak stok, maka urusan penghantaran akan menjadi lebih mudah. Ini kerana jika pelanggan pesan beberapa barangan yang berlainan jika anda ada banyak supplier, maka beberapa kos shipping akan terpaksa dikeluarkan. 

Ini akan menjadi agak sukar untuk anda uruskan kerana pihak Shopee hanya akan keluarkan satu AWB sahaja untuk order pelanggan tersebut. Jika anda hanya ada satu supplier yang boleh pos semua order dalam satu AWB sahaja ini akan lebih menjimatkan dan juga memudahkan anda sebagai ejen dropship Shopee.


3- Ada Support Group (Live Support Group)

Kalau jumpa supplier yang ada support group aktif memang sangat seronok. Anda boleh dapat ilmu-ilmu marketing dan sharing dari ejen-ejen lain. Kalau ada supplier yang sediakan kelas marketing lagi terbaik.


4- Mempunyai Team Khidmat Pelanggan (Customer Service Support Team)

Apabila kita mula berniaga secara dropship untuk pengetahuan anda, setiap urusan proses dan penghantaran akan dilakukan oleh pihak HQ (Headquaters). Jika supplier dropship Shopee yang menjaga sistem biasanya akan ada kumpulan khidmat pelanggan (customer service team) sendiri. 

Mereka ini yang akan uruskan setiap persoalan mengenai order atau dan jika ada masalah pesanan yang tidak dapat selesaikan dengan cepat. Jadi sangatlah mudah untuk ejen-ejen dropship ini bertanya sama ada tentang masalah order yang mereka alami. Maka tidaklah anda terkapai-kapai sendiri jika ada masalah dengan pesanan pelanggan. 


5- Supplier Dropship Shopee Ada Website Rasmi Sendiri

Supplier yang ada sistem order website sangat memudahkan ejen dropship kerana boleh dapatkan bahan marketing dan dapat tengok real time stok. Ejen dropship tak perlu untuk mesej terlebih dahulu untuk mengetahui tentang stok yang ada. Ada juga yang buat group sama ada di telegram ataupun whatsApp untuk kemaskini (update) ejen stok yang ada pada setiap hari atau minggu.


6- Mempunyai Sistem Order Yang Terancang ( Cut-off Time) 

Jika anda sudah ada pelanggan tetap, cut off ini sangat penting supaya anda boleh jelaskan kepada pelanggan (customer) masa penghantaran barang yang sudah dipesan. Sekurang-kurangnya anda mempunyai sasaran masa untuk pelanggan lengkap pesanan masing-masing. 

Kesimpulan

Perkara-perkara di atas adalah antara yang patut anda pertimbangkan jika hendak mula berniaga di Shopee sebagai salah seorang dropshipper. Sebenarnya ianya bukan sahaja memudahkan anda untuk menjalankan perniagaan dengan lancar tetapi juga untuk kemudahan pelanggan. 

Post a Comment

0 Comments