Header Ads Widget

Cara Mencegah dan Penyebab Keracunan Makanan

Keracunan makanan boleh berlaku apabila seseorang termakan makanan yang telah dicemari bakteria atau mengandungi unsur-unsur yang beracun serta bahan lain yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Kesan dari keracunan makanan biasanya akan menyebabkan cirit-birit, muntah dan juga sakit dada yang memeritkan. 

Antara penyebab keracunan makanan mungkin disebabkan oleh termakan makanan tercemar .

Penyebab Keracunan Makanan :

  • Penyebab keracunan makanan biasakan diakibatkan oleh penderita telah makan makanan basi atau tercemar dengan kuman (bakteria, virus atau parasit).
  • Antara kuman yang boleh menyebabkan keracunan makanan adalah Salmonella, Staphylococcus aureus dan juga Vibrio parahaemolyticus

cara rawat keracunan makanan

Tanda serta gejala keracunan makanan berbeza-beza antara pesakit ke pesakit yang lain. Ini bergantung penyebab dan punca keracunan yang terjadi serta jenis bakteria yang telah menjangkiti pesakit. Kadangkala kita mungkin boleh tersalah sangka yang kita terkena sakit gastrik. 

Antara tanda atau gejala keracunan makanan yang biasa adalah:

  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Demam
  • Sakit perut

Cara-Cara Mencegah Keracunan Makanan:

Cara untuk mengelakkan keracunan makanan adalah antaranya sentiasa pastikan anda mengekalkan kebersihan diri dan makanan apabila menyimpan dan menyediakan makanan. Selain itu pastikan juga bahan mentah, dapur, meja dan peralatan memasak adalah bersih sebelum digunakan. 

Pesakit yang mengalami keracunan makanan dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika mengalami gejala yang teruk terutama kanak-kanak agar komplikasi yang tidak diingini dapat dielakkan. Kuman yang berbeza mempunyai tempoh inkubasi, tanda dan rawatan yang berbeza. 

Oleh yang demikian, kadangkala sampel darah atau najis pesakit akan diambil untuk ujikaji supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan berdasarkan diagnosis sebenar.

Post a Comment

0 Comments