Header Ads Widget

Keburukan Gula Putih Kepada Kesihatan Keluarga

Teringat kembali ketika Hari Raya menjelang tiba sebelum pandemik melanda. Antara barang yang perlu disediakan ialah beberapa paket gula pasir. Tujuannya untuk dibuat air gula. Senang nanti apabila hendak membancuh air untuk dihidangkan kepada tetamu. Namun tahukah anda tentang keburukan gula putih terhadap kesihatan kita?

Sebagai ibubapa kita disarankan untuk melindungi anak-anak daripada keburukan gula putih. Kurangkan pengambilan gula secara berlebihan sama ada dalam minuman ataupun makanan harian mereka. 

keburukan gula putih kepada kesihatan

Apakah Keburukan Gula Putih Kepada Kesihatan?

Sejarah gula di  negara Malaysia hanya bermula selepas era penjajahan British yang membawa produk ini ke negara kita. Sebelum abad ke-18, manusia hanya menggunakan madu sebagai pemanis dalam makanan atau minuman. Tebu dimakan secara terus untuk dirasa kemanisannya.

Menurut kajian saintifik, terdapat lebih kurang 60 jenis penyakit kronik seperti kencing manis, kegemukan, darah tinggi, masalah kolesterol, sakit jantung, strok, masalah buah pinggang, osteoporosis dan pelbagai lagi dikaitkan dengan gula putih sebagai puncanya.

Pakar pemakanan yang terkenal, Dr William Coda Martin telah melabelkan gula sebagai 'Racun Putih' pada tahun 1957. 

Menurutnya gula merupakan punca kepada pelbagai penyakit kronik kerana gula ialah karbohidrat tulen tanpa vitamin dan zat mineral. 

Oleh itu, gula akan ‘melahap’ vitamin dan garam mineral yang sangat berharga daripada tubuh manusia semasa proses metabolisme tubuh.

Antara Lain-lain Keburukan Gula ialah :

  • Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit).
  • Menganggu imbangan galian dalam tubuh.
  • Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
  • Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan.
  • Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
  • Meningkatkan paras trigliserid.
  • Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
  • Merosakkan buah pinggang.
  • Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs).
  • Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).

Kempen Kurangkan Gula Dalam Makanan & Minuman

Antara kempen kesedaran yang dijalankan dengan giat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antaranya ialah menggalakkan masyarakat mengamalkan diet seimbang dengan mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang diproses. 

Selain itu, juga digalakkan setiap individu melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dengan lebih kerap dalam seminggu.

Gunakan penganti gula putih dalam makanan seperti stevia tulen ataupun madu secara terkawal.

Post a Comment

0 Comments